Sunday 6 January 2013

Sekitar Gotong-Royong Perdana Surau Nurul Iman

Alhamdulillah...
Gotong-royong Perdana Surau Nurul Iman telah berjalan dengan lancar pada hari Sabtu, 5 Jan 2012.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua mahasiswa pendidik yang telah turun padang bagi bersama-sama memerah keringat membersihkan Surau Nurul Iman. Ribuan kemaafan dipinta daripada pihak kami atas segala kelemahan dan kekurangan. Beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa gotong-royong sebagai kenang-kenangan ^_^

Sambil gosok, sambil gelak

Berehat seketika bersama roti canai & nasi lemak

Muslimat sedang mengemaskan peralatan dapur

Berehat seketika setelah penat bekerja

Sudut Landskap
 
Ruang TV & Bacaan

Ruang Rehat

Papan tanda bahagian muslimat

Papan tanda bahagian muslimin

Semoga amalan kita semua dikira sebagai ibadah oleh Allah dan hanya Allah jua yang mampu membalas segala jasa dan budi kalian semua. Semoga lebih ramai jemaah yang akan mengimarahkan Surau Nurul Iman selepas ini. InsyaAllah.

~Melestari Tradisi Murabbi~

0 comments: