Saturday, October 31, 2009

Laporan Majlis Jamuan Akhir Tahun PGPI 2009

Salam perjuangan tanpa noktah...
Selesai sudah jamuan akhir tahun PGPI yang diadakan pada 28/10/09 di Foyer Dewan Pulai....Alhamdulilah...semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun pada hari berkenaan hujan lebat, namun ia tetap diteruskan.Malah semua saf kepimpinan menghadiri majlis jamuan akhir tahun kali ini. Cuma ada beberapa orang yang tak dapat hadir ada sebab2 tertentu.Tidak lupa juga, jemputan pensyarah dari JAPIM yang turut hadir dalam majlis kali ini. Majlis kali ini lebih meriah dengan adanya kedatangan Timbalan Pengarah IPGM Kampus Perlis. Terima kasih diucapkan diatas kesudian anda semua dalam menghadiri majlis ini.
Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis. Seterusnya ucapan YDP PGPI, Saudara Abdul Muhaimin Bin Abdul Hamid. Beliau menceritakan tentang kepimpinan yang dikagumi iaitu Muhd al-Fateh. YDP berharap para saf kepimpinan lama termasuklah yang baru dapat menjadikan Muhd Al-Fateh sebagai contoh dalam memperjuangkan Islam. Malah, YDP mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua saf kepimpinan PGPI yang lama dalam menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kepimpinan dan seterusnya memantapkan PGPI. Masa yang ditunggu-tunggu ialah pengumuman nama-nama saf kepimpinan Majlis Tertinggi PGPI 2009/2010 oleh YDP PGPI. Tahniah diucapkan kepada ahli MT PGPI 2009/2010 :
  • Muhd Izzat Bin Muhd Nasir (PPISMP PA Sem 1)- Yang Dipertua
  • Nazmi Bin Mustafa (PISMP PJ Sem 2) -Naib Yang Dipertua I
  • Munirah Binti Mohmed Abd. Halim (PISMP PA Sem 4) - Naib Yang Dipertua II
  • Mohd Zaki Bin Rosnan (PPISMP PA Sem 1) -Setiausaha
  • Siti Salwa Binti Lokmanhakim (PPISMP PSV Sem 3 )- Naib Setiausaha
  • Abd. Hannan Bin Abd. Rahman (PPISMP Sem 3 Sains) - Bendahari
  • Siti Aishah Binti Jaffar (PPISMP PSV Sem 3)- Naib Bendahari

Semoga anda dapat memikul tanggungjawab ini...Semoga PGPI lebih mantap dalam mewujudkan suasana dan budaya ISLAM di IPGM Kampus Perlis...Seterusnya, ucapan dan amanat daripada Timbalan Pengarah, Dr. Hamzah Bin Ehsan. Beliau menekankan tentang tanggungjawab PGPI yang sangat penting dalam IPGM Kampus Perlis ini. Salah satu peranan PGPI ialah dalam menarik minat para guru pelatih dalam mengimarahkan surau. Selain itu, beliau berharap PGPI dapat membuat takwim supaya program-program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan banyak lagi dilaksanakan di institut ini. Ucapan TAHNIAH juga diberikan kepada saf-saf kepimpinan yang baru supaya terus cemerlang dalam memantapkan PGPI pada tahun hadapan. Sekaligus, beliau merasmikan majlis jamuan akhir tahun PGPI 2009. Majlis diserikan lagi dengan persembahan video produksi "Memori Indah PGPI 2009" yang disediakan oleh Biro Penerbitan & Publisiti. Video berkenaan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PGPI yang dilakukan sepanjang 2009. Antaranya ialah Kursus Jenazah, Ceramah Israk Mikraj, Usrah, Ihya Ramadhan, Tazkirah dan lain-lain. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil & cenderamata kepada saf-saf kepimpinan PGPI.

Setelah itu, bacaan doa telah diketuai oleh Mohd Nurulkhalbi Bin Abd. Halim.Makanan yang disediakan sangat enak dan sedap.Majlis tidak berakhir disitu kerana kami telah membuat KEJUTAN kepada salah seorang ahli PGPI iaitu Saudara Abd Rahman. Tarikh majlis ini 28/10, merupakan tarikh lahir saudara Abd Rahman. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21!!!Semoga panjang umur...Tepat jam 11.00 malam kami semua mengemas kembali foyer berkenaan kerana esok akan diadakan majlis lain pula...So, kami bekerjasama membersihkan...Apa yang PENTING...KERJASAMA!!! hehehe...

Nantikan saf-saf kepimpinan yang baru pada tahun 2010 dalam PGPI.... MELESTARI TRADISI MURABBI...Tunggu na...

Friday, October 30, 2009

Solat HAJAT Sempena Peperiksaan...

Salam Perjuangan...
Minggu peperiksaan tinggal beberapa hari lagi...Oleh itu, kami PGPI ingin mengajak para guru pelatih untuk bersama-sama menghadiri SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN di Surau Nurul Iman...Solat ini akan diadakan setiap hari selepas solat MAHGRIB berjemaah. Marilah kita sama-sama meminta kepada ALLAH supaya kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat sana nanti...TawakkaltualaALLAH...
Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN JAYANYA... TERUSKAN USAHA ANDA!!!BERSERAHLAH KEPADA YANG MAHA KUASA...

JANGAN Ambil MUDAH!!!

JANGAN Ambil Mudah???Berkaitan dengan ape ni?mesti anda tertanya-tanyakan...sabar dulu. sabar separuh drpd IMAN....Sebenarnya ia berkaitan dengan SOLAT.Memang semua orang dah tahu kita semua WAJIB SOLAT untuk menyembah ALLAH...Tuhan yang Esa...Tapi adakah kita BENAR2 MELAKUKANNYA dengan penuh??? Tanpa tertinggal salah satu waktu solat...Cuba anda imbas kembali...renung-renungkan... Berapa kali anda tinggal solat?Sekali? Dua kali? Banyak kali???atau TIDAK SOLAT LANGSUNG??? Nauzubillah... Ramai umat ISLAM sekarang yang tinggalkan solat.Mereka langsung tak rasa takut malah ada yang TAK AMBIL PEDULI! Kalau solat pun tinggal macam nak wujudkan ummat yang berakhlak mulia yang menurut segala perintah ALLAH dan tinggal larangannya?Harap anda BUKAN KALANGAN ORANG begini....Sesiapa yang penuh solatnya ALHAMDULILAH...moga anda terus istiqamah dalam melaksanakannya.
Walaupun dalam keadaan kita tidak sihat pun kita TIDAK BOLEH tinggalkan solat. Walaupun satu waktu. Kat mana-mana pun kita berada dilaut, di hutan, di darat, di udara malah di angkasa sendiri SOLAT wajib dilakukan...Islam memang mengambil berat dalam SOLAT ini. Ia bukan sesuatu yang main-main atau diambil MUDAH!!! Tambah2 kita yang BAKAL BERGELAR "GURU", kalau guru pun tak solat, bagaimana nak didik anak murid nanti???bagaimana nak lahirkan anak didik yang berguna pada agama, bangsa dan negara???boleh lahirkah anak murid yang bersahsiah baik???Sebagai guru tunjukkanlah teladan yang baik.Sememangnya guru juga memainkan peranan dalam menekankan bab2 SOLAT. Ingat-mengingati ini bukan kerja pak ustaz atau ustazah sahaja tapi KITA SEMUA yang bergelar sebagai SEORANG ISLAM...Tidak kiralah seorang guru itu mengajar subjek apa pun...Sains ke, Mate ke, RBT ke, BI ke atau ape2 subjeklah...namun TANGGUNGJAWAB TETAP SAMA dalam membentuk anak-anak murid yang berakhlak baik dan yang paling penting MENGAMALKAN CARA-CARA HIDUP ISLAM terutamanya MENJAGA SOLAT! sini ada beberapa contoh gambar yang solat ini dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun...



Konklusinya...walau di mana kita berada, kita tetap wajib lakukan solat walau apa dgn cara sekalipun....jgn jadikan tempat, situasi, jarak kesihatan atau apa2 sahaja sebagai alasan untuk anda TIDAK MELAKSANAKAN SOLAT...Ingat tu...

Sunday, October 25, 2009

Ada APA dengan SUARA???

Salam perjuangan tanpa noktah...
(perhatian: baca sehingga habis.. jangan baca separuh dan berhentikan bacaan kerana timbul andaian dalam kepala anda yang dicelah oleh Syaitan L.A)


Tersebutlah kehidupan di sebuah sekolah yang diwartakan sebagai sekolah ugama agama. Suasana kelihatan indah, dengan seragam sekolah yang putih, menandakan kesucian. Pelajar2 di sana yang pandai menjaga adab, tahu batas pergaulan, dan macam2 lagi. Jika dilihat, memang boleh dikatakan sebuah sekolah yang INDAH.Apa yang menarik apabila tiba proses pembelajaran dan pengajaran bermula. Seperti biasa, ternyata sang Hawanya lebih menonjol berbanding sang Adam yang masih di tahap permulaan kematangan kata orang, namun masih tahu dan 'arif tentang selok belok agama, mungkin terlebih 'arif. Ini dapat dibuktikan apabila sang Hawanya 'ter'naikkan sedikit volume suaranya, lantas dengan cepat pihak sang Adam berteriak, "Woi! perlahan sikit.. suara aurat." dan begitulah.. apabila ditegur, buntu seribu kata sang Hawanya.. Kasihan, namun mungkin kebaikannya besar juga..Cerita diteruskan apabila seorang guru masuk mengajar. Dan tatkala si guru tersebut sedikit berang dengan perangai 'pramatang' sang Adam, pitching ataupun volume suaranya naik sedikit, satu perkara normal bagi mereka yang diselubungi kemarahan yang amat. Lalu, sang Adam yang walaupun pramatang, tetapi masih tahu serba serbi dan arif tentang selok belok agama dengan cepat melaungkan kata2 kegemaran, "Suara aurat... perlahan sikit.." dan seperti tadi, terdiam seribu bhasa sang empunya suara.. Dan begitulah juga dengan yang lain2nya....Begitulah betapa syadidnya sang Adam.. Itulah mereka di sekolah..Tapi, bagaimana di rumah? Apa yang didapati sangatlah mengecewakan..

Mereka2 yang melaung2kan "Diamlah.. gedix gile korang.. suara aurat tau tak!".. dan juga yang mengesound guru2 mereka dengan selambanya, "suara aurat.. perlahan sikit".. Mereka2 inilah juga yang menghiasi ruang2 ear canal (corong telinga) mereka dengan lagu2 nyanyian wanita dengan selambanya.. Mereka inilah yang mendengar suara perempuan yang telah diperindah oleh syaitan L.A dengan selamba tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah.

Apa ceritanya? Mana pergi ketegasan mereka2 ketika di sekolah? Adakah penurunan Iman secara mendadak menyebabkan perkara ini berlaku? Ataupun sebenarnya memang natijahnya ketika mereka berada di sekolah itu palsu2 belaka? Munafiq, hipokrit, hipokarat, dan lain2.. Sungguh mengecewakan.. embarassing..
Suara Wanita, Aurat?Benarkah suara wanita itu aurat, seperti kisah yang disebutkan di atas? Sejauh manakah suara wanita itu dikira aurat?Untuk menjawab persoalan di atas mari kita lihat hujah secara naqli (berdsarkan hadis dan Al-Qur'an) dahulu. Di sini ingin dijelaskan bahawa perbahasan samada suara wanita adalah aurat atau tidak belum ada satu ijtihad yang dibuat secara qat’i(putus). Ini bererti pintu ijtihad mengenai isu suara wanita masih dibuka. Kalau kita suluh tentang masalah suara pula, sejauh yang kita lihat dalam Quran dan hadis, belum ada ijtimak ulama mengatakan haram. Dalam Quran atau hadis tidak ada dalil dan nas yang qat’i secara tegas mengatakan haram . Para ulama berijtihad tidak seia sekata.
Berbalik kepada persoalan, adakah benar2 suara wanita itu aurat?Sebelum cuba huraikan lebih lanjut, elok kita tengok pada fatwa yang wajar kita percayai tentang suara wanita,"Dengan tegas kami katakan bahwa suara wanita bukanlah aurat, karena sesungguhnya para wanita di zaman Nabi selalu bertanya kepada Nabi shallallaahu 'alayhi wasallam tentang urusan-urusan agama Islam, dan mereka juga selalu melakukan hal yang sama pada zaman Khulafaur Rasyidin serta para pemimpin setelah mereka."Rjukan:Fatawa Al-Lajnah Ad-Da'imah lil Ifta', fatwa no 9522. Disalin dari Fatwa-Fatwa tentang Wanita (Darul Haq) Begitulah dia, kebenaran hakikat tentang suara wanita..
TAPI, JANGAN HABISKAN MEMBACA LAGI..!
Sila teruskan membaca..Jika begitu, bagaimanakah boleh timbul kenyataan suara wanita itu aurat? Takkanlah tiba2 sahaja timbul kenyataan ini. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Ingat! fatwa di atas bukan bermakna anda (sang Hawa) boleh dengan sesedap hati berbuat sesuka hati dengan suara kurniaan itu. Suara bukan aurat bukan bermakna anda boleh keluarkan secara semberono. Kenyataan atau ungkapan yang suara anda adalah aurat bukan satu ungkapan yang sia2 semata2.. Ia punyai banyak kebaikan jika anda faham natijah daripada ungkapan tersebut...
Berdasarkan firman Allah:فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ
Maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk (melembut2kan) suara kamu dalam percakapan, maka berkeinginlah orang yang terdapat penyakit dalam hati mereka." (Al-Ahzab:32)
Maksud ayat ini ditujukan kepada seluruh kaum Hawa Muslimah, meskipun permulaan lafaz ayat ini merujuk kepada isteri2 nabi. Perkara yang jelas di sini ialah, betapa perlunya seorang wanita itu untuk menjaga dirinya daripada bahaya orang yang mempunyai penyakit dalam hati mereka. Tak kisah apa pun perbuatan yang membawa kepada membuaknya keinginan, senang cerita nafsu syahwat 'mereka2'...
Bukankah senang untuk difahami bukan?Kembali kepada suara, elok rasanya jika munculkan lagi satu pendapat , kali ini oleh Imam Zarkasyi, yang ringkas iaitu:"Suara perempuan tiada haram diperdengarkan kecuali jika timbul kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Demikian juga jika ianya sudah memang pasti menimbulkan kelazatan kepada pendengar"Begitulah kiranya, jelas bagi anda semua. Tak salah jika wanita tinggikan suara mereka sedikit agar dapat didengar, tak perlulah sampai meeting dengan boss sampai boss tak dengar, berjual beli sampai timbul salah faham tentang harga, dan macam2 lagi.
Senang cerita, dalam bab mu'amalat, asalkan jangan menggedikkan suara seperti timbul nada ria dan bersuara riang sehinggakan perbualan meleret2 sampai kepada topik yang tak diingini dan tak sepatutnya bagi ummat Islam. Cukup menggambarkan kita ini seorang yang menjaga tingkah laku sebagai seorang muslimah sejati dengan bercakap dengan sopan dan penuh bermaruah.. Biar mereka yang berinteraksi dengan kita faham yang bahwa sesungguhnya anda itu seorang yang menjaga imej sebagai soerang muslimah. Maka, terdetiklah "eh, dia ni jaga pergaulanlah.. tak yah la cakap panjang.." .. Manakala jika sebaliknya, fikir2lah sendiri..Tentang lagu nyanyian perempuan pula ada suatu dalil yang cukup kuat iaitu :
Hadis Nabi:الْبِرُّ مَا سَكَنَتْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَاطْمَأَنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ. وَاْلاءثْمُ مَا لَمْ تَسْكُنْ إِلَيْهِ النَّفْسُ وَلَمْ يَطْمَئِنَّ إِلَيْهِ الْقَلْبُ وَإِنْ أَفْتَاكَ الْمُفْتُونَMaksudnya:"Kebaikan ialah apa yang menteteramkan jiwa dan menenagkan hati, sedangkan dosa ialah perkara yang tidak ditenterami oleh jiwa dan tidak ditenangi oleh hati, WALAU APA PUN YANG TELAH DIFATWAKAN OLEH ORANG YANG MEMBERI KEPUTUSAN.(Riwayat Imam Ahmad dari Abi Tha’labah dan disahihkan lagi dalam kitab Sahih al-Jami’ as-Saghir)

Kesimpulannya, suara wanita bukanlah aurat secara mutlak, tetapi ianya wajib dijaga dan digunakan berpada2, agar tak ia dijadikan 'aurat' oleh sebab penggunaan anda sendiri... So, pandai2lah jaga suara anda sebagai SEORANG MUSLIMAH YG DIHORMATI...Selamat Mencuba!!!

Sumber artikel :http://alfateh.via.my/2008/03/bayangkan.html

Saturday, October 24, 2009

Jamuan Akhir Tahun PGPI 2009


Friday, October 23, 2009

Semut...Semut...


pelukis/ : Aizat
Setiap makhluk yang Allah ciptakan merupakan kebesaran ALLAH...Tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan-NYA... Malah, setiap kejadian yang berlaku ada sesuatu yang ingin ditunjukkan malah difikirkan oleh manusia. Melalui kejadian-kejadian ALLAH seperti SEMUT dapat memberi teladan kepada kita betapa pentingnya KERJASAMA antara satu sama lain. Begitulah kita yang bergelar GURU nanti sikap kerjasama, tolak-ansur, jauhi hasad dengki sangat penting dan perlu ada dalam diri seseorang GURU yang MURABBI. Bukan semata-mata hanya bergelar "GURU". Ingat tanggungjawab kita sangat berat, namun kita harus menggalas sebaik mungkin dalam membentuk anak-anak murid kita di masa hadapan. Cubalah kita koreksi diri, IKHLASKAH ANDA MENJADI GURU???BERSEDIAKAH UNTUK MEMIKUL TANGGUNGJAWAB SEBAGAI GURU???fikir-fikirkanlah...
p/s: maaf sekiranya, gambar2 tidak jelas. anda boleh melayari di bahagian sumber yang dinyatakan.

Thursday, October 22, 2009

Andai Tiada Hari Esok...

Adakah ada hari esok untukku? Aku hanya mampu bermonolog dalam diriku...tak berani hendak luahkan kepada sesiapa. Hanya aku dan Allah yang mengetahui isi hatiku. Aku sering bertanya dalam diriku, cukup ke amal kebaikan untuk aku bawa menghadap Allah nanti? Dimanakah akan aku diletakkan? Syurga yang begitu indah tempatnya atau neraka jahanam???Aku insan yang lemah lagi hina.Sering melakukan kesalahan.Kadang-kadang ada yang secara sengaja atau tak sengaja. Aku tidak begitu kuat untuk melawan nafsu dan godaan yang yang sering mengekoriku...Ya ALLAH bantulah aku dalam melawan nafsu dan godaan malah penyakit-penyakit hati yang sering menghantui diriku...Aku insan lemah. Tiada sesiapa yang dapat membantuku melainkan KAU Lagi Yang Maha Kuasai dan membolak-balikkan hati hambamu...Pimpinlah aku ke jalan yang KAU redhai... Jangan biarkan aku terus leka dan leka dengan dunia yang sementara.Amin... Itulah luahan seseorang kepada Allah yang tidak jemu mendengar luahan hati hambanya...Bergenang titis-titis air mata mengenangkan dosa-dosa yang selama ini dilakukan...Terimalah taubatku..

Pernah tak anda terfikir sekiranya HARI INI MERUPAKAN HARI TERAKHIR ANDA??? SUJUD TERAKHIR ANDA?Meninggalkan keluarga, kawan2 dan orang yang anda sayang???Bersediakah anda menghadap kepada Tuhan sekiranya anda dijemput oleh malaikat Maut?Jawapannya ADA DALAM DIRI ANDA!!!Marilah kita koreksi diri masing2....jangan salahkan diri orang lain. tapi letakkan kesalahan itu atas diri kita kerana kita sendiri yang tidak mahu melawan nafsu dan godaan syaitan itu. Malah tidak berusaha untuk BERUBAH! Syaitan sentiasa berusaha sehingga tidak jemu2 menyesatkan manusia... Tapi KITA??? Adakah berusaha untuk meningkat amal kebaikan ini???

Bangkitlah wahai manusia....!!!JANGAN TIDUR LAGI!!! Banyakkanlah berdoa supaya kita sentiasa berada di jalan yang betul. Sesungguhnya peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH ada hikmahnya. Sesuatu yang menimpa diri kita, SENANG, SUSAH, PUJIAN, KECANTIKAN, KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN dan lain2, ada hikmah dan rahsia di sebalik apa yang berlaku. Cuma manusia sahaja yang tidak mengetahui. Sesungguhnya ALLAH MAHA LUAS dan BIJAKSANA. Kita sebagai hamba memang layak diuji. Allah memberikan kita kesenangan, kecantikan, ketampanan, kehebatan yang luar biasa, itu semuanya ALLAH nak uji hambanya sama ada tahu bersyukur atau tak...Tapi manusia sering lupa. Hanya ketika susah atau ditimpa bala baru hendak mengadu dengan ALLAH... Tapi ALLAH tetap SETIA mendengar dan terus mendengar rintihan hamba-hambanya. Itulah CINTA dan KASIHnya ALLAH kepada hamba-hambanya.

Kita yang bakal bergelar GURU lagilah perlu banyak bersyukur. Elaun dapat, tempat tinggal selesa, kenderaan ada, nak pergi kuliah pun senang... tapi kita tak tau nak zahirkan syukur kita melalui perbuatan. Kenape ye? Marilah kita cuba untuk zahirkan kesyukuran. Marilah sama2 kita membentuk diri dalam menjadi GURU YANG MEMENTINGKAN DUNIA DAN AKHIRAT....supaya murid-murid yang bersahsiah baik dan cemerlang dari segi agama, mental, fizikal dan rohani dapat dibentuk.Tanamkan niat dalam hati SAYA MAHU BERUBAH!!!tp ingat ke arah yang lebih baik...FIKIR-FIKIRLAH ANDAI TIADA HARI ESOK UNTUK ANDA!!!Mesti anda tak tidur malam dan akan terus dan terus nak buat amal kebaikan...Itu sebab ada HIKMAH ALLAH merahsiakan tarikh kita meninggal dunia...KATAKAN "SAYA MAHU BERUBAH!!!"