Dalam menyelesaikan apa jua masalah terutama masalah pelajar bagi warga pendidik umpama Memadam Api; puncanya perlu dicari dan difahami, barulah sesuatu masalah itu dapat diatasi.
Itu lah guru yang sentiasa memikirkan apa yang terbaik buat anak-anak muridnya
Firman
Allah dalam surah Fussilat ayat 33 yang bermaksud ;
وَمَنْ
أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي
مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Siapakah
yang lebih baik kata-katanya daripada seseorang yang menyeru kepada Allah dan
beramal soleh dan berkata : sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang
Islam"
Warga
guru sebenarnya menyambung dakwah Rasulullah saw iaitu menyuruh kepada kebaikan
dan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh para pelajar. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw
من
رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف
الإيمان
"Sesiapa
di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan
tangan. Sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan lidah. Sekiranya tidak mampu
maka cegahlah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman"( Imam Muslim )
Kerjaya
ini juga akan dapat saham akhirat yang tidak putus-putus dengan ilmunya yang
diambil manfaat oleh pelajarnya dan mengamalkan hadis Rasulullah saw ;
قال
إذا مات الإنسان انقطع عمله إلا من ثلاثة صدقة جارية أو علم ينتفع به أو ولد صالح يدعو
له
"Apabila
meninggal dunia seseorang maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara ;
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan
untuknya" (Imam Muslim)
Semua
yang disebut di atas akan diperolehi sekiranya dilakukan semata-mata untuk
mencari reda Allah. Dengan kata lain niat hendaklah ikhlas. Alangkah ruginya
sekiranya tugasan yang dilakukan hanya kerana menjalankan tanggungjawab
mengajar semata-mata, cukup bulan dapat gaji dan elaun. Langsung tidak fikirkan
macam mana dengan ibadat mereka, akhlak mereka dan masa depan mereka.
Sememangnya
tidak dinafikan tugas guru pada masa kini amat berat dengan masalah keruntuhan
moral. Dulu masalah disiplin pelajar berkisar dengan merokok, ponteng kelas,
vandalisme tapi pada masa kini pelajar terlibat dengan minuman keras, pil
khayal, merempit, curi dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas. Semua
ini adalah cabaran buat insan yang bernama guru. Apatah lagi pelajar masa kini
tidak boleh ‘disentuh’ langsung. Silap hari bulan guru boleh disaman oleh
ibubapa pelajar.
Sesungguhnya
pengorbanan seorang guru terlalu besar. Namun terdapat pelajar langsung tidak
menghargainya. Seorang guru boleh menghadiri kelas tambahan petang, malam malah
mengorbankan cuti hujung minggu untuk membantu pelajarnya memperoleh
kecemerlangan. Namun pelajar tanpa rasa bersalah ponteng kelas tersebut. Guru
mencurahkan ilmu sebaik mungkin dan mengharapkan pelajar mengulangkaji serta
mengamalkannya, namun mereka biarkannya ilmu itu hilang begitu sahaja. Guru
sentiasa mendoakan untuk pelajarnya agar mendapat kecemerlangan namun pelajar
setelah mendapat kecemerlangan terus melupakan gurunya. Guru sentiasa
mengingati wajah anak didiknya walau pun telah bertahun-tahun, Cuma nama sahaja
terlupa. Tapi pelajar sengaja mengelakkan diri bila bertembung atau buat-buat
tidak kenal bekas gurunya. Semua itu guru tidak ambil kisah, janji di akhirat
dapat ganjaran di sisi Rabb yang tidak pernah lupa, Tuhan yang tidak pernah
terlepas pandang terhadap amalan hambanya.
Wahai
insan yang masih seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar. Doakanlah
kebaikan untuk gurumu, ucapkanlah penghargaan dan terima kasih untuknya dan
sapa dan bertanya khabarlah mereka bila bertemu. Percayalah, Semua itu amat
mengembirakan hati mereka. Jadilah insan yang berterima kasih dan mengenang
budi. Sesungguhnya sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia nescaya
dia seorang yang tidak mensyukuri nikmat-nikmat Allah.
Pesanan
buat guru-guru pelatih khususnya perlu diketahui bahawa guru bukan semata-mata
sebagai pengajar lebih dari itu. Guru adalah “pendidik”. Konsep pendidik dalam
membawa maksud yang luas melebihi tahap pengajar. Pengajar, lebih menjurus
kepada seorang yang hanya seorang guru yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk
anak didiknya. Tetapi, konsep pendidik bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu
tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental
anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari.
Justeru,
guru yang bersifat pendidik akan memastikan sesuatu ilmu itu dihayati sekali
gus membentuk keperabadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Oleh itu, Tugas
PENGAJAR banyak berlegar di “akal” tetapi tugas PENDIDIK berlegar di “hati”.
Perumpaan yang boleh diketengahkan di sini ialah pengajar adalah orang yang
bertugas mengumpulkan bahan masakan sepeti tepung, gula, garam dan rempah
ratus. Manakala pendidik adalah diumpamakan seperti seorang tukang masak yang
mahir berkemampuan mengadun dan membancuh teoung hingga berjaya dimasak menjadi
kuih/hidangan yang enak. Maka atas semangat inilah guru-guru perlu mencerna dan
menghayati tema hari guru pada tahun ini “GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.
![]() |
Guru pelatih acuan agama pemacu kepada pembangunan modal insan |
0 comments:
Post a Comment