Saturday 13 April 2013



"Saya ni tak retilah bab agama. Malu dibuatnya bila mak mertua tanya pasal solat. Saya tak taw nak tanya sapa"

"Itulah. Orang suruh mengaji hang malas. Ketegaq. Takpa, aku bawa hang p surau nurul iman."

"Awat, ada apa kat sana?"

"Kat sana ada ustaz Syed Abdul Qadir al-Jufree yang selalu keluar kat TV9 dan TV ALHIJRAH tu. Kat sana, hang tanyalah ustaz pasai apa pun tentang Islam."

Alhamdulillah berkat doa sahabat-sahabat semua, InsyaAllah al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir al-Joofre akan berkunjung ke IPG Kampus Perlis buat kali yang kedua. Beliau merupakan personaliti TV9 dan juga TV ALHIJRAH dan bekas Moderator ILUVISLAM.com.

Nantikan program Tanyalah Ustaz bersama al-Fadhil Ustaz anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI).

Tarikh: 15 April 2013 (ISNIN)
Tempat: Surau Nurul Iman (SNI) IPG Kampus Perlis
Masa: 8.00 Malam (Solat Maghrib berjemaah di SNI)

Boleh sediakan dan bawa soalan/apa-apa kemusykilan agama untuk ditanyakan. InsyaAllah ustaz akan menjawab persoalan anda.

Orang ramai dijemput hadir.

0 comments: