Tuesday 13 November 2012

Doa menghubungkan cinta kita kepada-Nya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Dari Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bersabda:

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi."

Ad Du'au Silahul Mu'minDoa senjata mukmin. Dahsyatnya doa sehingga mampu menjadikan jauh itu dekat, sukar itu mudah, berat itu ringan malah yang tak mungkin berlaku akan berlaku. Seperti firman Allah;


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran"
[Al Baqarah:186]


"Sesungguhnya Aku dekat."
Dekatnya Allah dengan kita, lebih dekat daripada nadi kita sendiri. Keimananlah yang menghubungkan kita. Kerna orang yang beriman pasti tidak akan lelah utuk berdoa, kerana mereka yakin pertolongan Allah itu akan tiba jua.  

"Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."
Andaika, seorang pengemis datang meminta sedekah kepada kita. Sanggupkah kita membiarkannya begitu sahaja. Samalah situasi ini dengan memohon doa daripada Allah. Mana mungkin Allah yang Maha Mengasihani sanggup mengabaikan doa yang dipinta dengan hati yang ikhlas, bersungguh-sungguh dan atas cinta kepada-Nya. Namun, haruslah diingat Allah tidak pernah menolak doa kita melainkan memberikan dengan yang lebih baik. 

"Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran"
Ustaz Pahrol Mohd Juoi (2010) menyatakan berdoa boleh disamakan seperti teori "when you ask, listen". Apabila kita telah meminta pendapat orang lain, perkara yang kita perlu lakukan seterusnya ialah mendengar jawapan mereka. Begitulah berdoa. Berdoa memerlukan tindakan berbentuk usaha selepasnya. Misalnya, setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali kita memohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Namun, bagaimana usaha kita? Jalan yang lurus itu Allah tunjukkan setiap saat, setiap ketika, sudahkah kita jejaki?  

Berikut merupakan petikan daripada buku Diari Sufi yang memaparkan kekuatan berdoa.

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hambaKu yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan..

-Hadis Qudsi-

Let's make du'a! :)

Maassalamah wa ila liqa'




0 comments: