Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ
الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan
mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Manusia
yang diciptakan oleh Allah SWT sentiasa hidup dengan keluh kesah. Hidup
di dunia adalah medan ujian yang disediakan oleh Allah SWT supaya manusia
bersabar dan bertawakal kepada Allah SWT. Hidup di dunia adalah kehidupan
sementara waktu sahaja, di akhiratlah merupakan kehidupan yang kekal abadi.
Al-Quran
merupakan kalam Allah dan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT melalui
perantaraan malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran di turunkan
untuk menyelasaikan semua persoalan hidup yang dihadapi oleh manusia. Semua
jawapan terdapat di dalam al-Quran.
1. Kenapa
aku di uji?
Firman Allah SWT maksudnya : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan sahaja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka
tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum
mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut
ayat 2-3)
2. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku hajatkan?
Firman Allah SWT maksudnya : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia
amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat
buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah
al-Baqarah ayat 216)
3. Kenapa ujian yang aku terima seberat ini?
Firman
Allah SWT maksudnya : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan
sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah ayat 286)
4. Kenapa aku merasa lemah dan bersedih hati?
Firman Allah SWT maksudnya : "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali-Imran ayat 139)
Firman-Nya
lagi yang bermaksud : “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang. " (Surah az-Zumar ayat 53)
5.
Bagaimana harus aku menghadapi dugaan ini?
Firman
Allah SWT maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang
berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
(Surah
Ali-Imran ayat 200)
Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu
amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah
ayat 45)
6. Apakah balasan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang sabar?
Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada
orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk
mereka....."
(Surah
At-Taubah ayat 111)
7. Kepada siapa aku berharap?
Firman Allah SWT maksudnya : "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain daripada-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah At-Taubah
ayat 129)
Sahabat yang dimuliakan,
Hati mukmin
akan tenang dan bahagia apabila hati dan jiwanya bergantung kepada Allah SWT
setiap masa. Tidak ada pengharapan yang lain melainkan mengharap dan
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Hati yang
tenang dan bahagia adalah satu kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang
dikasihi-Nya. Hati yang sejahtera ini tidak akan putus asa dan rasa kecewa
walaupun dia dikecewakan oleh insan lain kerana pertalian yang kukuh di antara
hatinya dengan kecintaan kepada Allah SWT.
Hati mukmin
akan sentiasa berbaik sangka terhadap takdir Allah SWT kerana sesungguhnya
setiap kejadian ciptaan Allah SWT mengandungi hikmah dan kebaikan yang tidak
dapat difikirkan oleh akal manusia.
Oleh itu
teruskan membaca, memahami dan melaksanakan ajaran al-Quran kerana di
dalam al-Quran terdapat ilmu dan mukjizat besar yang akan merintis jalan ke
syurga.
0 comments:
Post a Comment