.:: Surau dan Masjid
Ibarat Jantung (Hati) Kampus. Andai Degupannya Berhenti, Malapetaka Menanti ::.
"Kalau bukan
kita yang imarahkannya, SIAPA LAGI?"
Bak kata 3 Ikon
Agamawan terkenal tanah air:-
Ustaz Azhar Idrus,
"Siapa yang
jahil agama, tak reti nak gi masjid, dengar kuliah, dia bodoh seperti
lembu."
Ustaz Don Daniyal,
"Jika kita suka
menunda-nunda solat, bererti kita menunda keperluan kita sendiri, kerana Allah
juga akan menunda rezeki kita, menunda terkabulnya doa kita, menunda datangnya
jodoh kita, tapi Dia tidak akan menunda datangnya Kematian."
Ustaz Kazim Elias,
"Orang yang
hidup, tetapi tidak meletakkan ibadat sebagai asas maka di dunia dia rugi, di
akhirat dia rugi, dan bangunlah dia di hari akhirat dalam keadaan buta mengadap
Allah swt."
Sehari lima kali
Surau Nurul Iman memanggil-manggil kita,
Surau Nurul Iman
begitu merindui jemaah2 muslimin dan muslimat IPG Kampus Perlis.
Jom Solat Berjemaah
Di Surau Nurul Iman
Mengimarahkan rumah
ALLAH dapat pahala, Bila dapat pahala Allah pasti sayang, bila ALLAH sayang
sudah tentu rahmat turun dengan melimpah-ruah.
pa?
sibuk? asgiment
banyak? blablablaallalal, itu dan ini?
x da masa?
Andai kita Melapang masa untuk agama ALLAH,
Insyallah ALLAH akan melapAng segala urusan kita. Hati akan tenang jika kita
menghadiri majlis-majlis ilmu.
JoM pasang AzAm
" saya boleh solat berjemah 5 waktu sehari di surau"
kalau x boleh pun
cukup lah 1 kali solat berjemaah di surau sebagai titik permulaan untuk
berubah. sikit2 lama2 jadi bukit juga kan3?
-------------------------------------------------------------->>>
Jom sama-sama
imarahkan surau/masjid berhampiran anda. Bagi warga IPG Kampus Perlis kami
menyeru untuk sama-sama mengimarahkan Surau Nurul Iman IPG Kampus Perlis.
Tawaran yang disediakan adalah:
1- Solat berjemaah 5
waktu sehari semalam.
2- Al Ma'thurat
jamai'e setiap kali selepas Solat Subuh & Asar.
3- Kuliah Maghrib
hari Isnin & Selasa.
4- Bacaan Yaasin
& Tahlil setiap hari Khamis (malam Jumaat).
5- Kuliah Dhuha pagi
hari Jumaat.
0 comments:
Post a Comment